Monday 13 August 2012

30 DALIL KENAPA IBU KITA WAJIB DITAAT


Assalamualaikum.. Entri dalam bentuk kuliah motivasi ini adalah yang terakhir buat pembaca blog MATDINGUNUNG ( MG ) dalam bulan ramadhan ini kerana MG sudah bersiap-siap untuk pulang berhari raya. Diharap agar sesiapa yang membacanya akan mendapat manfaat yang besar dan kalau perlu boleh suruh anak-anak baca atau cadangkan kepada keluarga atau sahabat handai membacanya. Kajian ni MG buat dan fikir sendiri manakala respondennya ialah hasil bacaan buku dan surat khabar, ibu dan isteri sendiri serta perhatikan masyarakat sekeliling. Tidak ada ciplak daripada kajian orang lain. Kalau ada persamaan itu memang fakta yang sahih dan tak boleh nak dielak.
  
Sejak akhir-akhir ni sudah ramai orang mula memandang enteng terhadap ibu bapa mereka. Kelahiran si tanggang moden ini selari dengan pembangunan yang semakin pesat, bermakna manusia semakin mengejar duniawi dan mengabaikan tuntutan akhirat sehinggakan ibu bapa sendiri pun diabaikan bahkan lebih teruk lagi disepak terajang. eh... tak boleh macam tu. Ibu bapa kita tanggungjawab kita dan kita wajib mentaati mereka. Menjaga dan menghormati mereaka adalah satu ibadah yang ada ganjaran.Cuba kita perhatikan sebahagian sedutan daripada keratan akhbar yang mengambarkan betapa anak derhaka semakin menjadi-jadi. 














Kenapa eh mereka buat macam tu kat ibu bapa mereka. Tak takutkah mereka dengan janji Allah?

 Okey, jangan cakap banyak, jom kita tengok DALIL di bawah kenapa kita wajib taat kepada ibu bapa terutamanya IBU kita sebab nabi pun pernah bersabda apabila ditanya siapa yang harus dihormati, nabi jawab Ibumu..Ibumu..Ibumu..

DALAIL 1 - Ibu adalah manusia yang berkorban nyawa untuk melahirkan kita. Sebelum kita lahir lagi, seseorang ibu sudah menaggung azab yang amat perit, ada yang kulit perut pecah-pecah, ada yang alahan teruk, sentiasa lemah dan pelbagai kesan sampingan lagi. Masa nak lahirkan kita pula, bersabung nyawa antara hidup dengan mati. itu saja bahasa mudah untuk digambarkan keperitannya..
Firman Allah, Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula.. (al-Ahqaf : 15 )

DALIL 2 - Ibu menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh sehingga kita dewasa. Kalau dia buang kita dalam sungai atau lombong masa kita masih bayi sudah tentu kita tidak dapat menikmati kehidupan di dunia seperti hari ini.

DALIL 3 - Kalau anak terjaga malam nak susu, tidak kira pukul berapa pagi pun, ibu akan bangun untuk beri anak minum susu tatkala orang lain sedang enak dibuai mimpi.

DALIL 4 - Kalau anak sakit, si ibu lagi sakit menjaga anak. Kadang-kadang sampai dua tiga malam ibu tak dapat tidur sebab dokong atau riba anak. Semua kerja lain dibuat sambil anak bertenggek atas dokong. Akibat terlalu penat, ada ibu terlelap sambil meriba anak dan adakalanya anak yang sedang diriba terlepas dari pangkuan ibu lalu tergolek ke lantai. Ibu menangis kerana berasa bersalah dan kasihan pada anak sedangkan dia sebenarnya sudah terlalu tidak bermaya menjaga anak yang sentiasa merengek.

DALIL 5 - Kalau anak sakit juga, ibu tak putus-putus berdoa kepada tuhan agar kesakitan itu ditimpakan ke atasnya bukan kepada anaknya. Hal ini menunjukkan ibu sanggup berkorban menanggung penderitaan anak kerana tidak sanggup melihat anaknya yang menderita.

DALIL 6 - Kalau anak tak boleh tidur malam kerana selsema, tentu ada banyak hingus yang menghalang saluran pernafasan. Ibu sanggup menyedut hingus anak dengan mulut mengketepikan rasa jijik agar salur pernafasan anak kembali lancar.( aku pernah buat untuk anak aku dulu )

DALIL 7- Ibu tak boleh tidur kalau nyamuk gigit atau ganggu anaknya tidur. Dia akan kejar sampai dapat dan picit sampai pecah nyamuk tersebut agar anaknya dapat tidur lena tanpa gangguan.

DALIL 8 - Ibu akan mendahului anak-anak kalau pasal makan. Ibu sanggup kelaparan asalkan anak-anaknya kekenyangan menikmati makanan. Ibu tersenyum puas kalau anak-anaknya begitu berselera semasa makan.

DALIL 9 - Apa saja yang anak dia suka makan, ibu tahu dan dia akan beli apabila terjumpa. Selera anak-anak dok dalam kepala ibu.

DALIL 10- Kalau sesuatu yang menjadi kesukaan anak-anak, ibu sanggup berusaha untuk mendapatkannya. Akan timbul rasa bersalah dalam diri seorang ibu andainya dia tidak mampu menunaikan sesuatu keinginan anak-anaknya. Ibu seboleh-bolehnya tidak mahu melihat anaknya kecewa.

DALIL 11 - Ibu sentiasa memerhatikan punggung anaknya dengan menyelak lampin yang dipakai anak  takut-takut anaknya berak tanpa ibu sedari. Akan timbul perasan bersalah dalam sanubari seorang ibu sekiranya ibu terlambat membasuh berak anaknya dan membiarkan anaknya bergelumang dengan najis.

DALIL 12 - Sesudah najis selesai dibasuh, ibu sanggup mencium punggung anaknya untuk memastikan berak anaknya telah dicuci dengan sebersih-bersihnya. Apabila dah confirm bersih, ibu akan sapukan bedak dan pakaikan lampin baru. Ibu sedaya upaya nak elakkan kulit anaknya daripada melecet ( biring ).

DALIL 13- Kalau anak kecil menangis tak henti-henti, ibu akan rasa serba tak kena. Ibu akan sedaya upaya cari punca apa pasal anaknya menangis tak henti-henti. Biasanya, sekiranya anak menangis secara luar biasa mungkin ada sesuatu yang luar biasa berlaku yang menyebabkan bayi tersebut tak mahu duduk. Maka ibu akan dokonglah sepanjang masa walau terpaksa menahan lengguh. Bila budak menanggis luar biasa mungkin kembong perut, masuk serangga dalam telinga, atau disampuk hantu.Pening ibu mencari punca apa pasal dia menangis sebab budak tak boleh bagi tahu ibu apa sakitnya.Ibu akan dokong dan pujuk dan pujuk dan terus pujuk sehingga anak berhenti menangis.


Gambar hiasan

DALIL 14- Kalau anak menangis kerana dikhianati oleh anak jiran, ibu mula rasa geram kepada anak jiran kerana buatkan anaknya menangis. Rasa macam nak tampar budak yang buat anaknya menangis walau sebenarnya anaknya yang jahat dulu kepada anak jiran.

DALIL 15 - Kalu anaknya jahat, ibu tak kata anaknya jahat. Seboleh-bolehnya ibu akan membela anaknya walau dengan apa cara sekalipun bahkan sentiasa memuji-muji kebaikan anaknya. Kadang-kadang ibu sanggup maki hamun polis sebab tangkap anaknya yang dianggap baik, padahal anaknya itu adalah pengedar dadah, pembuli, perompak, pecah rumah, curi motor dan sebagainya.

DALIL 16 - Bila cikgu pukul anak kat sekolah, haa.. ibulah backup utama anak-anak. Tanpa usul pereksa ibu akan datang sekolah untuk serang cikgu yang pukul anak dia. Padahal anaknya yang asyik dok keluar masuk bilik HEM dan bilik disiplin. Sayang anak punya pasal, ibu sanggup jadi WIRAWATI membela anaknya yang kononnya baik.

DALIL 17 - Kalau anaknya buat lawak, ibu terpaksa buat-buat gelak untuk mengambil hati anaknya walaupun lawak anaknya itu adalah lawak bodoh yang paling tak kelakar semata-mata hendak menjaga hati dan perasaan anaknya itu.

DALIL 18 - Ibu akan tersenyum puas apabila melihat anak-anaknya terhibur dan berada dalam kegembiraan. Kalau anaknya tergedik-gedik menari, si ibu juga tersenyum puas. Kalau malam raya anaknya riang bakar bunga api dan mercun, si ibu juga akan tersenyum puas melihat kegembiraan anak-anak.

DALIL 19 - Kalau nak raya, keperluan anak-anak didahulukan. Pakaian anak beli yang berjenama dan mahal agar anak-anak nampak segak di hari raya. Pakainan sendiri beli kat pasa raya Mydin aje. si ayah pula beli pakaian terpakai ( bundle ) kat pasar karat je buat raya.

DALIL 20 - Hati ibu terasa sangat puas apabila melihat keputusan peperiksaan anak-anaknya yang cemerlang. Biasanya kemampuan anak-anak ibu tahu, mana-mana anaknya yang lemah belajar secara semulajadi ibu tak marah pun malahan akan sentiasa memberi dorongan dan semangat agar baiki kelemahan.

DALIL 21 - Setiap kali lepas sembahyang, ibu akan mendoakan kesejahteraan untuk anak-anaknya.


Gambar hiasan

DALIL 22 -  Kalau anak dapat masuk ke Universiti, ibulah yang paling gembira dan bangga. Kalau boleh mahu diberitahu kepada semua orang di dunia ini.

DALIL 23 - Kalau sekali sekala anak-anak pulang bercuti, ibu layan bagai raja. Mintaklah nak makan apa saja pasti ibu akan sediakan. Nak kejut anak bangun sembahyang subuh pun tak tergamak takut ganggu anak tidur. Maklumlah anak balik cuti nak rehat kan.

DALIL 24 - Kalau anak mintak wang, ibu akan berusaha cari. Ibu sanggup berhutang untuk bagi kepada anak-anak supaya proses pembelajaran anak kat universiti berjalan lancar. Padahal wang tersebut digunakan bukan untuk belajar sangat tapi digunakan untuk upgrade telefon bimbit, untuk tambah nilai topup, beli pakaian berjenama, beli rokok, belanja awek atau pakwe dan sebagainya.

DALIL 25 - Bila anak nak kahwin, ibu juga lah yang terpaksa keluarkan wang simpanan untuk menampung kos perkahwinan anak. Mana tak tampung, belum habis belajar lagi dah menggatal nak kahwin. Kalau anak mengandung luar nikah, ibu juga yang ke hulu ke hilir cari tempat untuk menyorokkan anak agar tidak mengaibkan.

DALIL 26 - Bila anak dapat anak, bermakna ibu sudah dapat cucu. Anak pun hantarlah anaknya balik kampung untuk dijaga oleh ibu. Maka ibu pun akan ada semula anak kecil walaupun dia sendiri sudah monopouse. Maka keleklah ibu cucunya yang bayi tu macam anak sendiri ke sana ke mari. Nak beribadat kat masjid pun tak boleh sebab sibuk jaga cucu.

DALIL 27 - Bila anak kesempitan wang, ibulah tempat anak-anak mintak untuk berhutang. Ibu pun terpaksalah korek kot celah-celah mana keluarkan wang yang disimpan dan disorot untuk bagi pinjam kat anak. Korek celah bantal, bawah tilam, dalam tabung, bawah tikar getah dan sebagainya.

DALIL 28 - Ibu bila rindu kat anak-anak terus telefon anak untuk bertanya khabar tapi anak sebulan sekali pun susah nak telefon ibu untuk tanya khabar. Ni kena atas batang leher aku sendiri ni.

DALIL 29 - Ibu tak pernah menyimpan dendam terhadap anak-anak tetapi anak-anak ada yang berdendam dengan ibu sekiranya ada sesuatu kemahuan yang tidak mampu ditunaikan ibu.

DALIL 30 - Bila anak sakit dan ditinggalkan isteri serta anak-anak, ibu yang tua juga kena jaga walaupun ibu sendiri tak berdaya nak menguruskan dirinya sendiri. Kalau anak meninggal dunia terlebih dahulu, ibu akan menangis sepuas-puasnya sampai bengkak mata dan tak lalu makan, tapi kalau ibu mati dulu, anak-anak menangis sekejap je, tu pun tak semuanya. Lepas je balik hantar jenazah ibu kat kubur terus berkira-kira nak bagi harta yang ditinggalkan ibu.



Haa.. sekarang korang tengok sendiri betapa besar pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya. Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa, maka masih sempat korang balik raya nanti untuk memohon ampun dan maaf. Kalau ibu bapa dah meninggal, jangan lupa pagi-pagi raya kita pergi menziarah kubur mereka untuk bacakan tahlil dan berdoa untuk kesejahteraan roh mereka. Sesungguhnya, doa anak adalah penghubung selepas mati. 


Pagi raya nanti, peluk dan cium ibu kita. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan kita terhadap mereka. Gembirakan hati mereka. ( gambar hiasan )

Cuba kita tanya diri kita sendiri, mampukah kita menjaga ibu bapa kita yang sudah tua seperti mereka menjaga kita semasa kita masih bayi atau masa kita budak-budak sehingga kita boleh berdikari? Biasanya anak-anak mengambil jalan pintas dengan menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua atau rumah Seri Kenangan. Kalau kita jaga sendiri ibu bapa yang sakit, baru-baru je Ok, lama sikit mula lah timbul rasa rimas dan tak berapa ikhlas. Jaga pun kerana terpaksa. Tahukah kita betapa besarnya pahala anak-anak yang menjaga ibu bapa mereka yang Allah berikan untuk kita. Anak yang menyenangkan hati ibu bapa Allah permudahkan hidup mereka dengan keberkatan dan rezeki yang tak putus-putus datangnya dari pelbagai punca yang kita tak tahu. Manakala anak yang menderhaka terhadap ibu bapa mereka Allah bayar kat atas dunia lagi sebarang musibah yang kita tak jangka akan kehadirannya. Ini selaras dengan sabda Rasulullah yang berbunyi " sesiapa yang bangun pagi dan melakukan sesuatu yang menyenangkan hati ibu bapanya maka terbuka dua pintu ke syurga, tetapi barangsiapa yang melakukan sesuatu yang tidak diredhai oleh ibu bapanya maka terbuka dua pintu neraka" 
Sudah terlalu banyak petunjuk yang Allah tunjukkan kepada mereka yang menderhaka kepada ibu bapa untuk pedoman hambanya. Di sekeliling kita juga biasa berlaku orang-orang yang dihina dan dibenci oleh anak sendiri akibat daripada dia menderhaka kepada ibu bapa mereka. 


Matdingunung bersama ibu tersayang
Semoga pedoman ini menjadi ingatan untuk kita semua. SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG MATDINGUNUNG.
Artikel macam ni pernah aku tulis untuk dimuatkan dalam Harian Metro. Sila rujuk Cikgu Matdin. blogspot.com Entri 8.

No comments:

Post a Comment