Saturday 25 August 2012

AKTIVITI-AKTIVITI MATDINGUNUNG PULANG BERAYA DI KAMPUNG

Hari raya merupakan satu hari yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat islam. Semangat balik kampung sememangnya sudah menjadi tradisi bagi perantau seperti aku. Lepas sahaja habis waktu bekerja pada hari rabu, aku tidak menunggu lama. Beg-beg pakaian yang sejak semalam diisi di dalam bonet kereta sedia untuk diangkut pulang beraya. Oleh sebab aku antara manusia yang terawal balik kampung, maka aku tidak menghadapi kesesakan lalu lintas semasa pulang untuk berhari raya. Perjalanan agak lancar walaupun kenderaan sudah mula bersusun  menyebabkan aku tidak lama berada di dalam kopkit Honda City aku, cuma mengambil masa 8 jam sahaja untuk sampai ke kampung halaman.
Hari pertama berada di kampung, aku pergi tinted cermin kereta aku supaya nampak rugged sikit untuk buat raya. 

Macam kereta tuan Majestret daa.. gelap gelita 100% ketelusan cahaya. Memang  tunggu JPJ saman je ni.
Balik daripada pasang tinted cermin kereta, aku terus berkejar ke pekan Salor untuk membeli AKOK SALOR yang terkenal dengan keenakannya buat juadah berbuka. Seawal pukul 3 petang, pelanggan-pelanggan sudah beratur panjang untuk mendapatkan makanan kegemaran masyarakat Kelantan tu.Hampir 2 jam aku menunggu untuk tiba giliran aku. Garu kepala aku apabila melihat setiap pelanggan membeli dalam kuantiti yang banyak. Ada yang beli RM 50, RM 80 bahkan ada yang beli sampai RM 100. Mungkin ada rakan-rakan yang kirim kot.

Nilah rupa AKOK SALOR yang berkedut dan padat dengan telur itik. Tentu jauh bezanya dengan akok-akok  yang dijual kat bazar ramadhan di sekitar Lembah Kelang
Puasa tahun ni jatuh pada musim rambutan. Boleh dikatakan semua pokok rambutan penuh dengan buahnya. Begitu juga dengan pokok rambutan kat belakang rumah aku, semuanya berebut-rebut untuk mengeluarkan buah sehingga membazir la pulak. 

Tak perlu panjat, petik je kat bawah.Tak terdaya nak makan.

Raya pertama tahun ni aku beraya dengan ibu aku kat kampung. Biasanya hari raya kedua baru aku balik manakala raya pertama kat kampung bini aku, tapi tahun ni lain sikit jadualnya sebab jadual aku untuk raya kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam begitu padat. So.. kena susun biar cantekkk agar orang kata menang..menang.. 

Raya pertama bersama adik beradik dan ibu tersayang
Pagi-pagi lagi aku sekeluarga pergi bertahlil kat pusara ayah mendoakan kesejahteraan roh ayah di alam barzakh. Berdasarkan nas dan hadis serta apa yang diajarkan oleh ulamak, hanya doa anak-anak yang sampai terus kepada roh si mati selain ilmu yang bermanfaat dan amalan baik yang dilakukan oleh si mati semasa dia masih hidup di dunia yang fana ini.

Bertahlil di pusara ayah di pagi raya
Hari raya kedua, aku menjadi jurugambar rasmi untuk majlis pertunangan sepupu aku. Dengan sedikit kemahiran fotografi yang aku ada, maka aku tidak mampu menolak permintaan sepupu aku tu yang juga kawan aku.

Majlis pertunangan sepupu aku pada raya kedua. Sepupu aku yang lelaki, yang perempuan ni bakal isteri dialah. Tu pun kalau ada jodoh.

Sarungan cincin oleh ibu sepupu aku tanda termenterainya ikatan pertunangan
Pada hari raya ketiga, sekali lagi aku diminta menjadi jurugambar rasmi bagi majlis perkahwinan sepupu aku yang lain pula.Yang ni sepupu perempuan pulak yang nak kahwin.Walaupun sekadar jurugambar amatur, nampaknya sudah mula mendapat kepercayaan daripada orang ramai. Sikit lagi kaya la aku bila dah jadi profesional nanti. Mesti nak kena charge sekurang-kurangnya RM2000 untuk satu sesi penggambaran. ha..ha..ha...Chewahh.. perasan la pulak. Kawan aku ada yang dah jadi profesional dan mempunyai peralatan fotografi yang canggih hasil daripada ambik gambar orang kahwin ajee. Musim cuti sekolah, bukan saja pelamin, tok kadi dan mak andam je yang laku, jurugambar profesional pun tak menang tangan.

Sebelum pengantin lelaki sampai untuk ambik gambar, aku tolong masak gulai kawah dulu

"aku terima nikahnya dengan mas kahwinnya sebanyak yang disebut" mudahnya jawab nikah sekarang,  siap boleh baca skrip lagi

Pengantin lelaki berhadapan dengan jurunikah.

"Ya Allah ya tuhanku, jadikanlah suamiku itu seorang yang bertanggungjawab dan baik budi pekertinya. Aminnn!!"

Bagai pinang di belah dua. Sama-sama cikgu macam aku jugak

sarung cincin dulu. Dah sah kahwin baru boleh pegang tangan bro

Posing dulu untuk indoor photo
Pada hari raya keempat dan kelima, aku berkejar pula ke Perdana Resort di PCB untuk majlis hari keluarga, juga bertugas sebagai jurugambar rasmi dan dokumentasi Hari Keluarga Anak Cucu Hj. Che Soh ( keluarga belah aku ).Laporan penuh hari keluarga ni aku buat dalam entri khas. 

HARI KELUARGA ANAK CUCU HJ CHE SOH. PERDANA RESORT, PCB.
 Hari raya keenam, aku juga turut menjadi jurugambar rasmi untuk majlis hantar menantu anak buah aku (bakal jadi cikgu jugak budak ni).

Pengantin perempuan berarak masuk

Disambut oleh pengantin lelaki (sama-sama bakal cikgu )

Tuah badan, dapat bersuamikan anak Dato' yang kaya raya

Bergambar kenangan dengan keluarga pengantin perempuan (ibu aku kat depan tudung coklat)

Hiasan dalaman rumah pengantin lelaki

Ibu dan Ayah pengantin lelaki ( Dato' dan Datin )

Rumah besar bapokk

Hiasan dinding daripada batu granit moden English style

Ibu dan Ayah pengantin perempuan ( tauke balak )

Rumah pengantin lelaki yang masih dalam proses pembinaan ( bawah bumbung yang masih belum siap tu  adalah kolam renang )
Waaa.. tengoklah betapa padatnya jadual aku sepanjang balik beraya tahun ni. Pendek kata, banyak masa aku habiskan ke sana ke mari ke hulu ke hilir dok pikul kamera. Minyak kereta pun tak terlarat nak diisi. Rumah mak aku kat kampung hanya satu malam je sempat bermalam. Kalau ada sedikit waktu terluang pun aku pergi jenguk kebun getah aku yang sudah dipenuhi semak-samun. Perghh.. begitu subur sekali semak-samun tumbuh meliar dalam kebun getah aku bagai dibaja-baja. 

Tak sempat nak fokus kat kebun getah aku balik ni, dah penuh dengan semak-samun  nampaknya
Raya ketujuh, aku ambil keputusan untuk bertolak pulang awal ke kota raya. Seawal pukul 4 pagi aku sudah berangkat pulang untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang dijangka akan padat dengan kenderaan. Alhamdulillah.. nampaknya perjalanan pulang aku begitu lancar dan diluar dugaan.Pukul 10.00 pagi aku sudah memasuki ruang udara Kuala Lumpur. Mungkin berkat daripada amalan aku, setiap kali sebelum memulakan perjalanan jauh, aku sembahyang hajat dua rakaat minta Allah lindungi aku sekeluarga daripada segala masalah kerosakan kenderaan, kemalangan jalan raya, kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Seingat aku, setiap tahun aku pulang beraya, tak pernah aku  berhadapan dengan kesesakan lalu lintas yang teruk. Paling lama pun cuma 9 jam perjalanan. Sedangkan ada orang yang terpaksa menempuhi kesesakan lalu lintas yang amat teruk sehingga berbelas-belas jam lamanya.
Sebut pasal kemalangan, ni nak story satu cerita untuk pengajaran bersama. Baru saja beberapa kilometer memulakan perjalanan balik, aku sudah langgar seekor kucing yang main saling mengejar di atas jalan raya. Aku cuba mengelak tapi tak berjaya kerana kucing tu memang nak mati kat situ juga. Dah ditakdirkan kucing tu nak mati dengan kereta aku menjadi asbabnya, apa boleh buat. Berdoa aku dalam hati supaya tak ada musibah dengan alamat tu kerana kata orang kalau kita langgar kucing mungkin ada musibah dalam perjalanan. Tapi masa kat Kuala Lipis, ada sebuah lori mengangkut buah kelapa sawit bergerak perlahan atas jalan raya. Banyak kereta berbaris cuba memotong. Masa sampai giliran aku untuk memotong, aku tak sempat sebab ada lori yang sedang menuju dari arah bertentangan. Tiba-tiba ada 'seekor' orang yang tak ada otak pandu Toyota Wish dengan lajunya nak tunjuk hero cuba memotong lima kereta sekaligus. Sesampai beriringan dengan ketera aku, mamat tu memperlahankan MPVnya, mungkin teragak-agak sama ada nak terus atau nak masuk lorong. Aku brek untuk bagi lorong supaya mamat tu masuk depan kereta aku kerana lori depan sangat dekat.Tapi dia membuat keputusan bodoh memecut laju nak potong juga lori sawit tu. lori kat depan ding lampu beberapa kali bagi amaran tapi mamat tu macam nak bunuh dirinya dan keluarganya terus memecut. Cuma selang beberapa saat dan inci saja untuk aku lihat dengan mata kepala aku sendiri sebuah Toyota Wish Putih akan berkecai dan terperosok bawah perut lori bersama pemandu yang bodoh itu.Tapi dia bernasib baik sebab Allah tolong dia dan panjangkan umur anak-anak dan isterinya.Dia sepatutnya sujud syukur sebaik saja jumpa masjid kat tepi jalan kerana Allah telah panjangkan nyawanya sekeluarga.
Sebaik saja sampai rumah setelah mengharungi perjalan jauh, aku mengangkut barang-barang masuk ke dalam rumah. Semua beg aku angkut termasuk satu beg yang aku tak pernah usik sepanjang aku berada di kampung. Nak tahu beg apa??? 



Haa.. beg ni lah yang hanya menjadi penumpang bonet kereta aku dari hari pertama  balik kampung sehingga  habis raya. Tak pernah aku bukak dan tak pernah aku usik. Beg yang di dalamnya mengandungi skrip-skrip jawapan tryer SPM budak aku. Konon nak tanda kat kampung la konon-kononnya, tapi hampehhhhhhh.. satu pun tak bertanda.

No comments:

Post a Comment