Sunday 12 August 2012

CARA-CARA MEMBUAT NASI BUKHARI MATDINGUNUNG

Assalamualaikum puan-puan. Okey..seperti yang dijanjikan, tusyen masakan kita pada hari ini ialah menyediakan NASI BUKHARI MATDINGUNUNG. Nasi ni elok disediakan sebagai menu berbuka puasa, menu hari raya, menu diadakan rumah terbuka atau bila-bila masa saja.

Intro: Nasi Bukhari ni adalah nasi yang kita masak bersama dengan rempah dan daging atau ayam sekaligus.Pasangan nasi ini ialah acar mentah, ayam masak merah, Masak Kerutuk daging/ayam/kambing/paru, jantung dan hati atau Kurma daging/ayam. 

Ok, step pertama saya akan ajar dulu puan-puan cara masak nasi. Beras yang puan gunakan sama ada Beras Basmathi, Beras Siam atau Beras Nasional kena sukat air mengikut kesesuaian beras. Kalau beras siam, air kena lebih sikit.

Bahan-Bahan untuk masak nasi.( untuk makan 5-8 orang )



- Setengah sumpit awah kerutuk Adabi
- Setengah sumpit Awah Kurma
- 4 Serangkai ( bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis )
- Sedikit halia dimayang
- 6 biji bawang merah dimayang halus
- Sebelah Ayam / Setengah kilo daging
-2 batang carrot dimayang halus atau diparut

Cara-Cara Membuatnya

Panaskan sedikit minyak di dalam periuk kemudian tumis 4 serangkai tadi kemudian masukkan bawang dan halia yang telah dimayang. Bila dah kekuningan masukkan serbuk awah kerutuk dan awah kurma tadi. Apabila sudah masak, masukkan sedikit air beserta dengan ayam atau daging. (air ni nak diguna untuk masak nasi nanti).Masukkan sedikit serbuk perasa dan garam secukup rasa. Kacau perlahan-lahan sehingga ayam atau daging itu masak. Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan ke dalam rice cooker kemudian campurkan bahan yang telah ditumis tadi. Air yang hendak dimasak nasi bergantung kepada kuntiti yang kita tuang bersama ayam. Pasang suis pada plug, tekan punat pada rice cooker kemudian biarkan sampai nasi masak. ( ajar biar detail ) 

Tumiskan 4 serangkai dan bawang yang telah dimayang sehingga kekuningan

masukkan separuh serbuk awah kurma

masukkan separuh awah kerutuk Adabi kemudian kacau-kacau

apabila sudah kekuningan, masukkan air sesuai dengan sukatan beras

masukkan ayam @ daging @ kambing biarkan terebus sampai empuk

Bila ayam@daging@kambing tadi sudah empuk, masukkan dalam periuk untuk dimasak bersama nasi

Masukkan air rempah yang ditumis tadi mengikut sukatan yang sesuai dengan kapasiti beras  

Akhir sekali, masukkan hirisan carrot, tudung dan buka suis kemudian tekan punat rice cooker.  Tunggu nasi itu masak sendiri.

Nasi siap untuk dihidangkan. Sebagai hiasan taburkan bawang goreng di atasnya

Bahan-Bahan Untuk Buat Acar Mentah

2 batang timun
2 batang carrot
Setengah biji nenas muda
Sedikit kobis
3 biji cili besar
( bahan-bahan ni semuanya dihiris halus )

Cara-cara membuatnya

Masukkan cuka, gula dan garam ke dalam satu bekas dan kacau hingga sebati. Kemudian campurkan dengan bahan-bahan yang dihiris tadi.kacau-kacau hingga rata kemudian siap dan ready untuk dimakan. simpan dalm peti ais dulu. 

cuka, gula dan garam yang dikacau hingga sebati dicampurkan dengan bahan yang dimayang tadi kemudian gaul biar sebati. Siappp..

Lauk Sampingan ( Kerutuk Daging )

Bahan- Bahan

Daging Lembu, Kambing atau Ayam 
5 ulas bawang merah ( dikisar halus )
sedikit belacan
sedikit ketumbar ( dikisar halus )
Cili Giling
Sedikit Gula Melaka 
Kerisik
Serbuk Kerutuk Adabi
Santan ( sebiji kelapa )
Sebiji Ubi Kentang
Dua Biji lada besar

Cara Membuatnya

Panaskan sedikit minyak di dalam periuk kemudian tumiskan bahan yang dikisar tadi termasuk cili giling dan awah kerutuk sehingga kekuningan. Masukkan daging/ayam dan kacau hingga sebati. Masukkan santan dan kacau-kacau hingga daging atau ayam masak. Setelah daging empuk, masukkan gula melaka, kerisik dan bahan perasa yang lain seperti sedikit Ajinamoto, gula, dan garam secukup rasa. Masukkan sebiji kentang yang dipotong empat dan dua biji lada besar. Apabila masak, boleh matikan api dan masukkan dalam mangkuk untuk dihidangkan. 

Kalau ada sambal belacan bolehlah dijadikan sebagai eksesori tambahan. Cara nak buat sambal belacan nak kena ajar juga ke? kalau perlu saya boleh ajarkan dalam tusyen masakan pada hari yang lain pula. Ikut permintaanlah. 

Okey, sekarang sudah siap nasi, acar mentah dan kerutuk daging. Apa tunggu lagi. Hidangkanlah..sebagai hiasan, sila taburkan bawang goreng atas nasi kemudian tunggu Bilal azan je lah, lepas tu boleh terus belasah. Kalau sedap, bagitahu rakan-rakan lain cara membuatnya dengan merujuk kepada Matdingunung.blogspot. Kalau tak sedap, mungkin anda terlebih bubuh bahan kot. kena cuba lagi. Good Luck.

Waaa... Nasi BUKHARI MATDINGUNUNG ready untuk dimakan. Lauk sampingan  tu ialah ayam masak merah, kerutuk campuran paru, limfa, hati dan jantung, sambal belacan, ayam bakar dan acar mentah.

Setakat ini dulu tusyen masakan kita dalam bulan puasa ni. Matdingunung (MG) dah nak balik kampung. Harap resepi ini memberi banyak manfaat kepada tuan puan. Kalau anda sudah pandai membuatnya, sila ajarkan kepada rakan-rakan yang lain. Setiap insan mempunyai hak untuk merasai kenikmatan hidup. Lepas raya ni MG dah tak ajar masak lagi sebab nak pegi daki gunung la pulak.

1 comment:

  1. mat din gunung...mapuh kerah oghe luar tak pehe nate apo awah...
    kikiki..

    ReplyDelete