Thursday 9 August 2012

ANTARA DUA DARJAT

Petang tadi anak-anak aku berbuka dengan makanan barat nah..dah jemu kot makanan orang timur. Tapi aku stay dari kecik sampai besar dok lagu tu lah. Sentiasa mencintai makanan yang orang tengok macam hujung bulan jee walaupun baru masuk bonus raya. Aku tak kisah apa orang nak kata janji selera kita ikut cita rasa kita.


Lama benar Aina dok merenggek kat umi dia supaya buat Chiken Chop untuk dia berbuka. Ni kira makanan favourite dia lah.. selain ni, Pizza, KFC, MacD, Spagetti, Makaroni bakar dan Paste menjadi kegemaran anak-anak aku. Perghh.. salah asuhan ke ni? benda ni semuanya aku kurenggg buleh nak telan.
Haa.. kalau lauk macam ni tak pe, Ikan rebus, sambal belacan, sambal mangga muda dan sedikit ulam. Kena sangat dengan selera aku. Makanan barat aku tak pandang langsung. Tolak tepi aje..
Aina bangga dengan makanan baratnya. Permintaannya tertunai sudah. 
Tapi aku... still bangga dengan makanan orang darat aku. Hari-hari tertunai. Bini pun tak sakit kepala nak pikir lauk untuk aku. Simple dan menyelerakan. Apaa la Adib ambik gambar. Mata nga hidung aku pun tak nampak.
Selera betul Aina berbuka. Menepati citarasanya. 
Adib nga Athir pun tak kurang seleranya. Semuanya sukeee.. Untungnya mereka jadi anak aku. Dapat makan  apa saja  yang terlintas di hati. Aku dulu-dulu tak kenal langsung dengan makanan2 cam gini. 
Moralnya.. berbukalah dengan makanan apapun, asalkan halal dimakan. Suka makanan barat tidak mengapa, jangan suka budaya barat sudahlah. Tengok budaya barat yang menular dalam masyarakat kita membuatkan aku lemas dengan kehidupan sekarang. Bulan puasa pun masih ada orang kita yang berzina. Bergaul bebas lelaki perempuan tanpa ada batasnya. Bulan puasa juga kelab-kelab malam dan disco tak kurang pengunjungnya dengan orang-orang kita.Pergi kat bazar ramadhan pun penuh dengan gadis-gadis yang berpakaian seksi. Kurus puasa pengunjung lelaki. Apapun... terima kasih umi kerana sudi melayan karenah anak-anak kita berpuasa. 

No comments:

Post a Comment