Monday 6 August 2012

BICARA TENTANG BLOG

Satu hari tu seorang kawan ada telefon aku dari Tganu Kite, "Din, waa hebat mung, ade blog sdiri. Buleh kire jugok blog mung. Kire mung bulih nulih laaa.. tapi wak pe blog mung dok rama ore tengok?"
Aku jawab, mung tahu mari mane aku ada blog? tak po ah tak dok ore tengok pong. Aku nulih saje-saje jah, wak ilang puah dok saje. Blog aku pong kawang-kawang aku jah baco. Kadang-kadang ada ore terjumpa blog aku dengan caro tok sengaje. ( Ajuk die cakak Ganu jugok )
Dia kata" aku tahu pong member mung jugok kabo, Bijok ah mung nulih. Hok kisoh aku dulu-dulu tu suke kerah aku bace".
Aku kata pulok " pah tu wak po mung dok nulih po aku jugok. Buleh jadi follower aku. Buleh kosi-kosi pengalamang".
Dia jawab" Ceh, aku dok rok cetong nulih-nulih ni. Berat nanang". Po mung dak pe ah.. cikgu bahase.

Wah, dalam diam rupanya ada jugak orang yang ambik tahu pasal blog aku ni. Ye lah, betul jugak kata member aku tu kenapa blog aku tak banyak pageview eh? sebenarnya aku tak pandai nak promote blog aku ni bagaimana nak bagi trafic tu tinggi. Lagi pun, blog aku ni lebih kepada blog pribadi cerita pasal diri sendiri dan keluarga, mana orang nak baca pasal keluarga kita. Tapi kalau kena cara pengolahan, mungkin dapat menarik minat ramai orang baca. Contohnya Ben Ashaari, blog pasal kehidupan anak dia je, tapi orang tengok berjuta dan menjadi antara top ten blog-blog di Malaysia.

Bloger-bloger otai selalu berkata, kalau nak bagi blog kita terkenal kita kena kreatif, kena rajin, kena berani dan kena berusaha. Biasanya blog yang dapat trafic tinggi ialah blog yang cerita pasal benda-benda sensasi seperti gosip artis. Haaa. itu memang ramai orang suka baca contohnya Roti Kaya.com atau Beautifulnara. Blog pasal politik juga mendapat sambutan contohnya Papa Gomo, Shalehuddin, Anwar Ibrahim dan sebagainya. Selain tu, blog yang mendapat rating tertinggi ialah blog yang bloggernya kreatif mendapatkan bahan berita dari Google dan you tube kemudian diedit dan diberi nafas baru dengan sedikit olahan seperti Blog Serius, X lupa dot com, Releven sokmo, nasi hangit.blogspot dan sebagainya. View page blog mereka beribu-ribu dalam satu jam dan sudah mengumpulkan berjuta-juta pageview. Tapi, kalau blog personal memang susah nak dapat pageview kerana apa sangat yang orang nak baca. Kalau dapat 80 pageview satu hari dah kira ok. Lagipun, blog personal ni dia tulis sebagai arkib untuk cerita tentang aktiviti diri dan keluarga aje. Tak banyak info yang dapat. Macam bloger-bloger otai ni dia cari makan dengan blog dia, sebab tulah dia kena bagi blog dia sentiasa ada orang tengok dan sangat mengharapkan trafik tinggi kerana mahu dapatkan komisyen daripada pengiklanan. Ada bloger yang dapat lebih Rm4 ribu sebulan dengan iklan pada laman blog dia saja. Penulis blog ni kalau glamour memang betul-betul glamour tapi kena jugak berhati-hati, tak boleh tulis sembrono nanti keluar masuk mahkamah. Uncle seekers dah kena, Roti kaya pun kecoh jugak baru-baru ni. Senang cerita, kita cerita pasal kita ajelah. Tak de orang sakit hati. Lagi baik kita menulis untuk sebarkan ilmu. Orang baca boleh manfaat, kita yang tulis dapat pahala sepanjang masa kerana ilmu yang bermanfaat adalah penghubung selepas kita mati. 

Cerita aku dulu-dulu yang aku karang memang ramai yang suka baca. Ada yang baca dua tiga kali. Aku tengok pada rating, post cerita aku dulu-dulu mencanak naik. Setiap hari pasti ada orang bukak entri tu. Ramai yang mintak aku sambung masa aku sekolah menengah pula. Wah... dah jadi macam cerita KL Genster atau Cicak Man la pulak, nak ada sambung-sambung. Tengoklah dulu, kalau ada mood menulis akan aku sambung.

No comments:

Post a Comment