Friday, 10 August 2012

CARA NAK UPGRADE AIR KELAPA MUDA

Okey.. tusyen kita petang ni adalah cara-cara bagaimana nak buat air kelapa yang dibeli kat tepi jalan jadi lagi enak untuk diminum. Biasanya kalau kita beli air kelapa kat tepi jalan tak delah sedap sangat sebab penjual campur dengan air syabas. Kadang-kadang rasa macam minum ais kosong saja. Bila kita ubahsuai, rasa lain la sikit. 

Firstly, beli dua biji kelapa muda kat mana-mana kedai sama ada tepi jalan atau kat bazar ramadhan. 

Air kelapa original tanpa campur dengan air syabas

secondly, beli satu tin syrup longan kat pasar raya atau kedai runcit

Syrup Longan jenama apa pun tak pe. Lagi mahal mungkin lagi enak.


Proses seterusnya, masukkan kedua-dua sumpit air kelapa tadi ke dalam jug besar

Masukkan air kelapa dalam jug dengan cermat. Kalau tumpah rugi sajee.

Kemudian buka tin longgan dengan cermat

Langkah terakhir ialah tuang syrup longan ke dalam air kelapa tadi. Masukkan ais kemudian kacau biar sebati. Elok bubuh air gula sikit biar ada rasa manis.  Okey siap, mudah kan?. Air kelapa longgan ready untuk diminum tapi kena tunggu Bilal azan dulu. Kalau nak tambah eksesori bolehlah bubuh Nata de Coco.
Okey, hanya itu saja tusyen kita pada petang ini. Selamat mencuba. semoga tidak menghampakan.
PERHATIAN, Tusyen masakan esok ialah cara-cara nak sediakan NASI BUKHARI MATDINGUNUNG

No comments:

Post a Comment