Sebenarnya proses untuk menyediakan puding ni cukup simple, lelaki yang tak pernah masak pun boleh buat. Kalau kita beli kat kedai tak sesedap yang kita buat sedangkan harganya mahal.
Okey, pertama sekali kita sediakan 10 biji telur ayam. Basuh dulu telur tu bagi bersih sebab kita nak makan sendiri, tahap kebersihan mesti diutamakan.
Pecahkan telur dalam blender, kemudian masukkan setengah atau 1/2 tin susu pekat dan setengah tin susu cair apa-apa jenama pun tak pe. Boh lebih sikit pun tak pe jugak. |
Langkah seterusnya, masukan setengah sudu kecil garam, Nak kurangkan bau hanyir telur |
Kalau anda orang Kelantan, tentu nak manis sikit. So, tambahkan dua sudu gula pasir. |
Nak suruh bau wangi, masukkan sedikit perasa vanilla pandan ( satu atau dua sudu besar )Kemudian blenderlah.. Kalau tak de blender, kacau dengan sudu dalam bekas pun tak pe. Janji campuran tu sebati |
Macam ni rupa dia vanilla pandan. Murah je ni. |
Masukkan gula pasir dua sudu besar dalam loyang, kemudian panaskan dengan api yang sederhana sambil kacau-kacau |
Panaskan gula tu sampai dia hangus macam ni. Ratakan dia kemudian matikan api |
Langkah seterusnya, tuang telur dan susu yang kita blend tadi ke dalam loyang ni. |
Kemudian kukus dengan periuk pengukus selama lebih kurang 45 minit. Periuk tu kena tudung tau. |
Bila 45 minit.. haaa. jadi..jadi..tak de cacat celanya. Kalau boleh biarkan sejuk dulu baru boleh potong. Masuk peti ais pun tak pe. lagi baik |
Waa.. kan dah cakap. mesti jadi punyalah. |
Nak jelas lagi, tengok gambar yang diambil dari jarak dekat. Perghhh.. |
Ok, sampai sini dulu tusyen saya pada hari ni. Mudah kan??? Selamat Mencuba.
*kalau korang nak belajar masak., sila layari blog bini aku. macam-macam masakan yang dia ajar. Mudah dan confirm jadi. Blog ni dia baru buat jeee... Korang google : Laman Dapur Maya Ezujusoh.
Blog citer wat resepi masakan juga akan tarik ramai follower...keep it up!
ReplyDeleteDulu citer pasal gunung aje, sekarang ni turun sampai ke dapur la pulak.
ReplyDeleteresepi ptg ni untuk berbuka puasa..
ReplyDeletepakai blender jek. kreatif!!
ReplyDeleteDah cuba dah terus menjadi sedap dan senang... Tq
ReplyDelete