Thursday 2 August 2012

LABU BAIKI DIRI SENDIRI

Saja nak kongsi cerita sebab dah tiga hari tak masuk entri baru. Cerita pasal peti sejuk aku punya. Peti sejuk ni bini aku beli dengan duit tunggakan yang dia dapat masa mula-mula kerja dulu. Harga peti tiga tingkat ni ialah RM1300 berjenama ELBA. Setelah dua belas tahun pakai, peti ni baru laa mula nak rosak. Sebelum ni tak pernah bagi masalah, tip top. Masalah bermula bila bahagian paling bawah dah tak sejuk. Bahagian tengah juga mengalami masalah yang sama. Cuma bahagian sejuk beku saja yang berfungsi. Aku bercadang nak buang saja sebab aku kira dah balik modal pakai selama 12 tahun tanpa rosak. Nak repair tak berbaloi sebab orang jaga anak aku kata masalah peti aku sama penyakit dengan peti ais dia. Dia repair menelan kos lebih satu ribu ringgit, tup..tup.. masalah tu jadi balik.  Tak berbaloi langsung. Aku dengar orang lain cakap, kalau peti dah tak lagi sejuk bermakna sudah kehabisan gas. So, kena tambah gas lah yang menelan kos lebih kurang Rm 400 lebih. Setelah aku fikir masak-masak, aku telah buat keputusan untuk beli je peti ais baru. Tak pening kepala. Kalau repair yang tu nanti rosak semula. Sementara menunggu wang yang datang secara tidak sengaja ( wang tersepak ) kot-kot ada, aku pakai je dulu peti yang rosak tu. Untuk mengelakkan bau busuk kat dalam tu, aku telah letakkan arang kayu untuk menyerap bau. Memang menjadi petua tu, peti aku tak berbau walau tak sejuk.

Peti sejuk yang beli masa baru kahwin. Gaji pertama bini kerja. 12 tahun diguna pakai. Masih elok. Tip-top.  Kalau rosak baik sendiri tak yah wak gi kedai. 

Setiap minggu aku pergi ke beberapa kedai peralatan eletrik untuk servey peti ais baru. Dalam hati sudah ada yang berkenan cuma tunggu ada duit lebih je terus aku nak rembat. Dalam dok menunggu duit tersepak datang, tiba-tiba peti ais aku sedikit demi sedikit mula sejuk kembali. makin lama makin sejuk, makin lama makin sejuk. Penyakit dia pulih dengan sendiri tanpa dibawa ke klinik dan tanpa diberi ubat setelah lebih sebulan tak berfungsi. Tidak lama kemudian, peti aku tu pulih sepenuhnya bahkan semakin sejuk pula hawanya. Pelik bin ajaib betul laa. Berkat betul duit yang digunakan untuk beli peti tu dulu. Setelah sejuk, bini aku pun kembali masukkan barang-barang semula. Sekarang ni, ketiga-tiga tingkat dah padat dengan barang-barang ke. Hasrat nak beli peti ais baru terpadam terussss. Nasib baikkk laaa aku tak bukak sendiri peti aku tu, kalau tak, dah tentu masuk dalam rumah sampah daahhh.

Ni lah rupa peti sejuk yang menjadi idaman hati setelah sebulan dok servey.

Moralnya... tak yah laa kita repair apa-apa kalau kita tak pandai merepair takut bertambah rosak. Ada kalanya sesuatu barang tu boleh baik dengan sendiri kalau kita tak repair pun. Kadang-kadang kalau kita bawa pegi kedai, nanti kena tipu kat cina yang baiki je, rosak tak seberapa tapi mereka bagi tau kita rosak itu laa.. ini laa..untuk dapatkan charge yang lebih. Kadang-kadang barang yang tak rosak pun mereka kata rosak sebab dia nak change atas barang. Kencing kita laa tuu..


Cerita untuk pengajaran semua, Ada kawan aku sorang tu, 3 belah cermin kereta yang dia baru beli kat use car tak boleh turun, yang dapat turun cuma bahagian pemandu aje. So, dia pun pegi laa kat kedai baiki kereta, bagitahu kat pomen cina tu masalah cermin kereta dia. Sebenarnya dia tak tekan naik punat kat tepi pintu sebelah driver je. Mungkin dia tak tahu kot sebab kereta dia sebelum ni pakai manual aje nak bukak dan tutup cermin. Cina tu pun buat-buat buka laa ketiga-tiga belah pintu tu konon nak cari punca. Buat-buat potong wayar kemudian sambung balik. 20 minit kemudian, segala masalah selesai dan bil yang dikenakan ialah RM480.00 sebab katanya rosak dalam motor. Perghhh... hidup-hidup member aku tu kena tipu.

4 comments:

  1. Cgu, kadang2, kalau peti sejuk dimuatkan dgn terlalu banyak benda, masalah ni akan timbul. Cuba jgn masukkan byk sgt makanan sekaligus. Peti sejuk rumah saya dah dekat 20 tahun lebih. Servis tambah gas kadang kala saje. :D

    ReplyDelete
  2. saya menyediakan khidmat baiki peti sejuk dan mesin basuh dgn hrga yg berpatutan.area cyberjaya,putrajaya,bangi,dengkil,salak tinggi,nilai,seremban dan senawang
    call or whassup:0196015417

    ReplyDelete
  3. cari la ilmu skit2 benda yg kita pakai baru tak kena kencing.....aku pun pernah kena kencing juga dgn kedai aircon kereta.dari kena kencing itulah aku sekarang boleh baiki sendiri aircon kereta aku.KERETA ORG lain pun boleh.dan dari pengalaman kena kencing inilah aku sekarang boleh membaiki semua peralatan elektrik rumah.terima kasih ALLAH. jika ingin mendapatkan perkhidmatan saya.014 5469755 area pasir mas kelantan. terima kasih...

    ReplyDelete
  4. sy baru beli Elba 250L 2-Door Fridge Refrigerator (ER-G2521 SV).

    risau gak takut x tahan lama. baca pengalaman bro guna peti sejuk jenama Elba ni baru rasa lega sikit :)

    ReplyDelete