Friday 31 August 2012

KENANGAN MANIS SEBAGAI STUDENT UNIVERSITI

Assalamualaikum.. bertemu lagi kita dalam entri yang seterusnya untuk pembaca blog aku. Entri kali ini aku nak ceritakan kenangan manis semasa aku sebagai student di universiti dulu. Boleh dikatakan semua orang mempunyai kenangan pahit manis dalam kehidupan. Begitu juga dengan diriku. Selain zaman persekolahan, masa kat universiti juga padat dengan kenangan manis. Hidup bersama rakan-rakan yang satu kepala sememangnya banyak meninggalkan memori yang indah untuk dikenang sepanjang hayat.

Hari pertama aku mendaftar masuk ke universiti, aku di tempatkan di kolej kediaman ke-5 Blok Jelawat UPM. Memang menjadi lumrah, sudah tentu aku mencari patner satu negeri denganku untuk menjadi room mate aku. Insan yang bertuah itu adalah Karniza (Jintak ). Boleh dikatakan hampir semua kawan aku dalam kalangan junior adalah satu negeri denganku. Kebetulan kolej kediaman aku juga begitu ramai geng Klate tak kira junior mahupun senior. Oleh sebab itu, aku begitu selesa di tempatkan di kolej tersebut.Sudah menjadi tradisi, setiap orang baru akan melalui proses diragging oleh senior, tapi aku tak pernah diragging kerana ada payung besar yang memayungi diriku. Biasanya geng-geng senior akan bagi nama gelaran kepada setiap pelajar junior. Antara geng aku yang dengan bangganya mendapat nama glamer ialah Timun, Nako, Lembek, Ketot, Bubuk, Tesl, Cempedak ( geng rumah sewa aje yang ku sebut ). Aku still dengan gelaran asal Mat Din, tak berani senior nak letak gelaran yang teruk-teruk.

Di kolej, bilik aku menjadi port geng-geng aku berkumpul. Pendek kata sepanjang hari dan malam, bilik aku tak pernah sunyi dengan mat-mat lepak datang bertamu. Kadang-kadang katil bujang aku tu berhimpit-himpit tidur sampai 3 orang sekatil. Dalam bilik aku penuh dengan daun terup dan bekas habuk rokok. Putung-putung rokok bersepah tak terkawal.Bilik aku juga dijadikan dapur tempat geng-geng aku makan secara berkumpulan.


Bersama Rakan Sekolej
Jadi JUARA Dikir Barat untuk persembahan Kolej

Masuk semester kedua tahun pertama, geng-geng aku telah keluar dari kolej dan tinggal di rumah sewa. Kami menyewa seramai sembilan orang dalam satu rumah. Walaupun ahli yang menyewa cuma sembilan orang, tetapi angka sebenar lebih daripada itu kerana rumah sewa aku menjadi port lepak rakan-rakan sekolej dan coursemate. Tidak kira pukul berapa pagi pun, ada-ada saja rakan dari luar datang berkunjung untuk melepak. Bukan saja geng house mate aku, bahkan jiran sebelah juga telah kalis dengan keadaan hinggar-bingar dan riuh-rendah dalam rumah sewa aku. Macam-macam aktiviti yang dibuat. Aktiviti yang paling famous ialah layan Royal atau main tee ( main terup ).Main ni memang berhantu, kadang-kadang rapat ke azan subuh. Ada juga yang layan CD cerita yang tak elok disebut.(orang muda standard aa boh ). Buku Permata Yang Hilang sampai lunyai dikerjakan oleh geng rumah sewa aku. Beberapa kali khatam setiap orang barangkali baca buku yang glamer tu.

Aku, Cempedok, Lembek dan Nangka merupakan satu coursemate. Antara kami masing-masing menghafal nombor matrik dan no ic.Kami gilir-gilir pegi kelas, kalau lecturer suruh tulis kehadiran, kami akan cover line geng kami yang sedang lena diulik mimpi.Biasanya bukti kehadiran adalah tulis no matrik dan no ic saja. Lecturer  bukan tahu kalau kami tolong tulis untuk rakan yang tuang kuliah.


Suka duka bersama kekawan masa jadi student. Aku, Nako, Lembek dan Cempedok satu coursemate

Biasa aa bro, kalau sembilan orang tinggal dalam satu rumah mesti sembilan kepala dia punya perangai. Ok, aku nak cerita satu persatu perangai geng house mate aku. 

Lembek (tilam) ni dia memang raja tidur, sesuai benar dengan gelaran yang diberikan.Tak kira bising ke, tak bising ke asal letak kepala terus terlelap.Dalam geng aku, lembeklah yang paling cemerlang hadir kuliah. So, dia juga yang jadi mangsa untuk tulis no matrik aku kalau aku tak hadir kuliah. Kalau hari tu lecturer buat kuiz, dia juga yang tolong jawab kuiz untuk aku. 

Nako juga merupakan salah seorang coursemate aku. Sentimental orangnya, asal tidur je, lengan mesti kat dahi. Maklumlah dalam satu masa dia ada 2 makwe. Yang kelakarnya, nama kedua-dua makwenya hampir sama saja (rahsia). Orangnya kurus, mancho pun tak seberapa, tapi dah rezeki dia, awek sampai dua sekaligus.

Jintak raja main game, bagilah game apa sekalipun dia boleh layan. Main solitare pun dia boleh layan sampai subuh. Pernah dia buat rekod main game 3 hari dua malam tak tidur langsung dan tak pegi kelas. Mula main dari jambang kat pipi licin, berakhir sehingga jambang dia berceracak tak terurus.Makan, minum, hisap rokok semuanya kat depan komputer. Dia pause kalau dia nak kencing atau berak saja. Perghhh.. aku bagai cacing kepanasan kalau tengok dia main game sebab komputer yang dia guna adalah komputer kepunyaan aku. Silap-silap haribulan boleh meletup komputer aku.

Cempedak ni seko lagi coursemate aku. Lanyak motor aku macam motor sendiri. Kain sarung yang dia pakai buat tidur bertahun-tahun tak basuh. Kalau kain sarung dia bergabung dengan kain selimut Jintak  rendam dalam sungai mahu habis ikan mati.Kain selimut Jintak dari hari pertama dia daftar masuk kolej sampai dia keluar rumah sewa, takkkkkkkk pernah basuh.Bertahun-tahun tak basuh last-last, masuk plastik sampah masa dia angkat barang pindah rumah sewa. 

Timun ni adalah adik mantan YB Kuala Berang. Mancho orangnya. kulitnya pula putih melepak tapi setahu aku Timun ni tak de awek. Kalau ada awek pun yang dikongsi ramai-ramai iaitu berkongsi dengan satu coursemate dia. Asal je keluar minum, mesti dengan beberapa orang coursemate dia. Tak pernah nampak dia minum berdua dengan yang teristimewa. Maknanya confirm tak ade awek la tu. Sekali sekala kalau dia tak balik rumah, dia bukan keluar dengan awek tapi keluar dengan salah seorang abang dia yang kamceng dengannya. Timun ni pembersih orangnya, semua eksesori make up  dia ada. Bedak, perfume, pencuci muka, minyak rambut, gel, pewangi ketiak, kapas untuk facial, sabun mandi berubat dan pelbagai lagi. Pendek kata.. memang completelah barang dia. Oleh sebab itu, barang-barang dia menjadi mangsa geng-geng rumah sewa aku yang lain terutamanya aku. Walaupun dia sorok, aku cari sampai jumpa terutamanya bila aku nak keluar dengan rakan-rakan wanita yang sekuliah dengan aku. Tapi manusia yang banyak rembat barang dia adalah  BUBUK

Sebut kata Bubuk, ha..ha..ha.. dia ni memang banyak story yang aku nak cerita dengan korang. Melaun ni antara yang banyak bikin kontroversi dalam rumah sewa aku.Anak orang kaya tapi cara hidup macam orang miskin. Rokok jarang beli sekotak, asyik beli sebatang-sebatang je. Rokok orang lain laju je dia rembat.Tapi Bubuk ni mudah kalau kita nak ajak mintak tolong, jenis tak berat tulang terutamanya pasal tunjuk jalan kat KL. Selain tu, keistimewaan Bubuk ialah tak kedekut sangat pasal duit.Tapi masalahnya dia jarang ada duit. Mulanya aku ingat dia anak orang miskin, tapi bila aku pergi berkunjung kat rumah dia di Kota Bharu, depan muka pintu penuh dengan set golf. Kereta bersusun di laman rumah. Set sofa bukan harga ratusan ringgit, bahkan berpuluh ribu ringgit. Ayah dia orang kuat tembakau negara rupanya. Patutlah asyik pegi mesyuarat kat luar negara. Adik dia pakai kereta Charade no plate 2 angka tapi Bubuk cuma pakai motor honda kapcai. Mungkin orang ingat dia anak orang miskin sebab tu dia tak de awek. Lepas tu dia pakai motor TZM, naik sikit saham dia. Lepas tu pakai kereta kancil, lagi tinggi saham dia. Masa tu kalau ada kereta kancil sudah kira kaya laa..Bila sudah pakai kereta, dia mula lupa diri sikit. Jarang-jarang balik rumah sewa. Yang paling cepat dia berubah apabila dia sudah ada awek. Kalau dulu tak pernah gosok gigi, lepas ada awek dia sudah pandai gosok gigi tapi.... yang tak bestnya berus gigi Timun yang dia rembat. Patutlaa Timun bagitahu berus gigi dia selalu basah macam baru lepas guna walaupun dia baru bangun tidur. Sebelum ni Bubuk tak pernah pakai seluar dalam, tapi semenjak dia dah ada awek, dia sudah pakai seluar dalam tapi.... seluar dalam Timun yang dia bedal. Patut pun  Timun bagitahu seluar dalam dia selalu hilang. Selain berus gigi dan seluar dalam Timun yang dibelasahnya.. perfume,bedak, minyak rambut, pencuci muka dan sebagainya hak milik Timun digunakan oleh Bubuk macam harta sendiri tanpa rasa bersalah. Sebab tulah Ketot gelarkan Timun ni adik kepada Bubuk. 

KETOT ni salah seorang geng rumah sewa aku. Badan gempal tapi pendek, sebab tu barangkali dipanggil dengan nick name Ketot. Geng dia ramai orang Kelantan walaupun dia orang Melaka. Special Ketot ni ialah loghat dia pekat loghat Melaka walaupun dia duduk sebumbung dengan majoriti geng Kelantan. Kat Fakulti dia pun geng dia orang Kelantan, Kat kolej dia dulu pun geng dia majoriti orang Kelantan tapi bahasa dia tak terasimilasi sikit pun. Pekat dengan lahabau, bingai, siot dan sebagainya. Dalam rumah sewa aku Ketot lebih kamceng dengan Timun dan Tesl.

TESL ni lah geng rumah sewa aku yang ada inisiatif nak kemas rumah. Kalau tak de Tesl tak tahulah apa nak jadi dengan rumah sewa aku.Cuba korang bayangkan, makan rambutan yang dicuri kat ladang UPM, biji dan kulitnya main buang macam tu aje. Sampai bertimbun-timbun kulit rambutan kat bawah sinki. Makan durian yang dikebas kat ladang UPM pun lagu tu la jugak, kulit dan bijinya pun main buang macam tu aje juga kat bawah sink. Sampai ada yang bercambah bagai disemai-semai. Selagi Tesl tak buang, selagi itulah pokok 'semaian' tu membesar. Kotak rokok, putung rokok, plastik air, surat khabar dan segala sampah sarap bersepah kat ruang tamu. Memang brutal budak-budak rumah sewa aku. Putung rokok main jentik macam tu je kat bawah ikut sliding door dari tingkat 3. Nasib le kena atas sit motor sape atau kena kat kepala sape kat bawah tu.Tapi yang tak seronoknya, kalau sesekali Tesl membuat operasi pembersihan, bukan saja sampah sarap yang dibuang, bahkan habis segala buku, stoking, kasut, nota, dan macam-macam yang dibuangnya. Buku Kamus Bahasa Mandarin dan Kamus Bahasa Arab aku bersusun menjadi mangsa kerakusan Tesl. Nak marah pun tak de guna, "sabau aje laee.." kata Ketot. Lagi pun Tesl ni aku tak berani nak marah sebab dia tahu banyak rahsia pasal aku. Ha..ha..ha.. perangai orang lain telah aku cerita, kini tinggal aku aje lagi yang aku tak cerita. Tak payah cerita la kot...okeylah, aku cerita lah jugak tapi sikit je tau. Segan nak story panjang-panjang tentang diriku. 

Nama aku tak berubah sejak dari mula masuk kolej, kat fakulti atau rumah sewa still orang panggil aku MATDIN. Sebagai leader dalam rumah sewa, aku memegang tanggungjawab besar baik berurusan dengan tuan rumah, bayar bil eletrik, bil air, bil telefon dan membuat jadual tugas memasak semua aku yang uruskan.Kalau kena giliran aku yang memasak bolehlah rasa masakan yang sedap sikit, tapi kalau kena giliran orang lain, makan lauk beli kat kedai aje la cuma nasi saja dia masak kat rumah. Pernah satu hari Bubuk bergabung tenaga dengan Tesl mencipta nasi lemak special la konon, entah apa yang dibubuh dalam sambal sehingga semua ahli dalam rumah sewa berebut tandas. Nasib baik tandas ada dua buah boleh gilir-gilir.Giliran Lembek dengan Cempedak masak mi meggi saja. Satu baldi dimasaknya sampai kembang mulut nak menghabiskannya.
Masak mi meggi dalam baldi macam ni perkara biasa masa kat rumah sewa. (gambar hiasan )
Dok kat asrama atau rumah sewa senario makan macam ni perkara biasa. BUBUK selalu  tiru perangai ni dalam rumah sewa aku. 
Perangai bengong macam ni memang menjadi memori indah tiggal di rumah sewa.
 (gambar hiasan dari google)

Untuk tidak membosankan duduk dalam rumah sewa, aku selalu anjur aktiviti berkonvoi bersama rakan serumah ke mana-mana bila cuti hujung minggu. Kadang-kadang aku beramai-ramai keluar ke ibu kota Kuala Lumpur naik motor masing-masing. Kadang-kadang berkonvoi jauh sikit ke Melaka. Pernah satu kali kami berkonvoi ke Teluk Kemang berkhemah dua hari satu malam kat situ. Khemah kura-kura ada satu je, tu pun untuk muat 4 orang, tapi yang ikut sembilan buah motor. Yang tak bernasib baik terpaksalah tidur kat luar khemah termasuk aku. Ada banyak peristiwa lucu masa bercamping tu tapi tak yah ceritalah.Semua kenangan masa bersama geng rumah sewa yang satu kepala memang indah.


Saat-saat indah bersama rakan rumah sewa. Ke mana pergi pasti bersama
Pergi bersosial bersama geng rumah sewa dari pagi sampai ke malam hari. Aku, Jintak , Ketot dan Timun
Selain merayau kat pasar raya, keluar berkhemah kat tepi pantai atau dalam hutan juga  selalu diadakan untuk merapatkan silaturahim sesama ahli rumah sewa.

Masa kat fakulti, aku suka buat hal sendiri. Aku tak peduli sangat dengan orang lain. Kawan aku cuma yang satu minor dengan aku iaitu Pembangunan Sosial kecuali kalau ada subjek teras yang semua rakan di fakulti wajib ambik maka sempat la aku bergaul dengan dia orang. Kalau dikira semua rakan fakulti lebih 350 orang tapi kami dipecahkan kepada beberapa belas minor yang kita boleh pilih mengikut minat masing-masing. Aku pegi kuliah jarang benar pakai kasut, pakai selipar je memanjang. Sebenarnya aku jarang-jarang pegi kuliah. Lebih banyak memonteng daripada menghadiri kuliah. Walaupun begitu, exam aku tak pernah gagal tapi amat payah untuk dapat 'A'. Kalau peperiksaan dalam bahasa Melayu aku jawab sendiri aje, tapi kalau soalan exam kut bahasa orang putih mulalah aku bawa cermin mata masuk exam sebab nak tiru orang sebelah. Pernah aku dapat B+ subjek yang sukar. Dahlah kuliah ikut bahasa inggeris, soalan exam juga dalam bahasa inggeris ada pula kira-kira. Aku tiru cina sebelah terus dapat B+. sedangkan kawan-kawan aku yang lain paling tinggi pun mampu dapat B aje. Tergelak kawan-kawan kat aku.Nak hidup kena bijak bro.


Memori bersama rakan satu fakulti dan pensyarah
Lawatan ke kg Portugis di Melaka untuk kajian salah satu bidang subjek yang diambil iaitu Ras & Etnik
Satu Geng ( klate semo )
Bertugas sebagai juruteknik bunyi dan lampu masa persembahan Hari Fakulti

Kalau bab present paper work memang akulah yang paling glamour. Asal aje lacturer bagi kerja kursus berkumpulan yang ada pembentangan, majoriti nak dok satu kumpulan dengan aku sebab bukan aku rajin cari bahan, tapi asyik aku je yang kena present. Aku tak kisah kalau setakat nak present sebab aku malas nak cari bahan. Lagipun masa tu bukannya ada internet untuk search google cari bahan. Sebenarnya aku pun bukan berani sangat nak bercakap depan audien. Ketar jugak lutut walaupun biasa sebab setiap kali aku present, ramai orang yang hadir nak nanti gelak. Bukan nak support aku, tapi tunggu aku tersasul untuk digelak beramai-ramai. Pendek kata, kalau ada pembentangan kumpulan, kumpulan aku yang dinanti-nanti oleh rakan sekuliah. Apa tidaknya..aku present dalam pelat daerah yang pekat je. Peduli apa aku, memang dah tak boleh nak buat apa. Tinggal kat Kuala Lumpur 6 tahun tapi tak leh nak ubah slent budu. Satu hari tu aku present ikut bahasa inggeris sebab tak boleh nak elak dah memang aku ambik tu ialah subjek bahasa inggeris iaitu English For Academic Purposes II. Aku buat cerita pasal neighbourhood. Lacturer aku tergelak sampai berair bijik mata. Bukan tu saja, kain dia pakai pun terselak sampai nampak peha gebunya tanpa dia sedari. Kuatnya dia gelak kat aku. Mana tak gelak, bahasa inggeris aku memang broken gila.Aku buat dulu karangan dalam bahasa Melayu, pah tu dengan bantuan Dictionary aku translate direct. Jadi haru biru bahasa inggeris aku.Tapi masa lacturer komen pembentangan yang disampaikan oleh aku, dia puji aku beb. Dia kata aku pandai cover line dan selamber saja. Padahal dalam dada aku bagai nak pecah jantung berdegup 220 km sejam. Walaupun bahasa inggeris aku caca merba tapi ada isi yang nak aku ceritakan.Mungkin komen tu sekadar nak ambik hati aku kot ha..ha..ha..

Satu lagi kenangan paling manis semasa aku mengambil subjek masalah sosial bagi memenuhi 3 jam kredit yang ditawarkan bagi pelajar yang mengambil kursus dalam jurusan Pembangunan Sosial. Bagi kerja berkumpulan, kami diminta bentuk kumpulan untuk buat research tentang masalah sosial yang boleh dipilih mengikut kemahuan masing-masing. Aku beserta 3 orang lagi ahli kumpulan telah bersepakat untuk memilih tajuk 'Budaya Disco Dalam Kalangan Muda Mudi Melayu'. Bentuk kajian aku ialah kajian turut serta, bermakna aku akan menjadi budak kaki clubing untuk seketika. Sehubungan itu, aku telah memohon agar fakulti mengeluarkan satu surat sokongan yang membolehkan kumpulan aku bebas melakukan research tanpa gangguan pihak berkuasa dan aku boleh masuk mana-mana pusat hiburan. Pihak fakulti hanya bertindak mengeluarkan surat akuan sahaja tetapi sebarang risiko keselamatan semasa membuat research  atas tanggungan sendiri. Untuk keselamatan, aku telah meminta pertolongan daripada abang aku yang merupakan seorang anggota polis untuk menghantar aku ke pusat hiburan. Tepat pada tarikh yang ditunggu-tunggu, aku bersama ahli kumpulan aku iaitu Lembek, Nangka dan Mat Roji telah dijemput oleh abang aku untuk dibawa ke pusat hiburan Bhase Two Disco kat Ampang. Abang aku cuma tunggu dalam kereta saja manakala kami berempat dengan penuh semangat terus masuk untuk membuat research berdasarkan beberapa kriteria yang telah dibincangkan. Semasa membuat research, tugas Nangka memerhatikan berapa ramai orang Melayu yang masuk, Tugas Roji pula menentukan berapa ramai orang Melayu yang minum minuman keras, Tugas Lembek memastikan tahap umur yang masuk dan tugas aku pula buat rumusan kemudian present nanti. Kami mula masuk ke dalam pusat hiburan tu pada pukul 11 malam. Setelah memesan setiap seorang segelas air coke daripada bar tender, kami duduk di satu sudut bar sambil memerhatikan muda mudi Melayu yang masuk. Semakin larut malam semakin hangat muda mudi dilayan dengan kombinasi muzik rancak tekno, rap, dangdut, cha-cha dan sebagainya. Mula-mula tu kami hanya duduk saja, lama-lama bila suasana makin hangat, dengan kami semua pun ikut sekali terhinjut-hinjut. Sedar tak sedar dah pukul 4 setengah pagi. Semua baju dah basah kuyup dek peluh yang keluar mencurah-curah. Bila kami keluar, aku tengok abang aku sedang lena dalam kereta, aku ketuk cermin kereta sebelah pemandu. Dengan muka terpingga-pingga" Woiii.. mu ni pegi buat kajian ke atau pegi berjoget? ni dah masuk tiga kali aku terlelap tunggu puak-puak mu" bentak abang aku yang dah bengang. Ha..ha..ha.. sambil menyelam minum air bang. Releks aaa, bukan selalu susahkan abang. Jawab aku. kih..kih..kih..


Surat sokongan fakulti untuk buat research dalam Disco

Satu lagi kisah aku buat kajian turut serta ialah untuk menyiapkan Penulisan Ilmiah tahun akhir aku. Tajuk yang aku pilih agak berat dan berisiko iaitu 'Penggunaan Bahasa Slanga Dalam Kalangan Penagih Dadah'. Dekan dan pensyarah telah mengadakan mesyuarat khas untuk meluluskan tajuk aku tu. Apabila tajuk aku telah diluluskan, tanpa membuang masa aku terus melakukan research. Aku ni jenis orang yang tak suka ceduk idea orang atau dengan kata lain cut and paste. Aku lebih suka buat sendiri research aku dengan turun padang mendapatkan bahan kerana bagi aku, itu lebih memuaskan dapatan hasil kerja. Untuk itu, aku telah pergi berjumpa dengan Ketua Pengarah Jabatan Narkotik IPD Kuala Lumpur bagi memohon kebenaran bergaul dengan penagih dadah untuk mengkaji pertuturan dalam kalangan mereka. Untuk hari pertama kajian, ACP Zuber Sharif telah mengarahkan seorang SB iaitu Ispektor Azizan untuk mengiringi aku membuat research di port-port penagih sekitar jalan Bukit Bintang dan Jalan Chow Kit.(Dalam istilah bahasa penagih dadah, SB ni dipanggil Mat Bond) Peluang ni aku gunakan sebaik mungkin kerana Pegawai Polis tu bagi aku masa cuma satu hari saja. Banyak juga maklumat yang aku dapat hasil kajian pada hari pertama. Hari berikutnya aku pergi cari kawan aku yang menagih dadah kat Pasar Keramat dan Kampung Pandan untuk bawa aku ke port dia. Aku tanya seorang demi seorang budak-budak penagih macam pegawai penyiasat untuk mendapatkan bahan kajian. (sebagai hadiah untuk kerjasama mereka, setiap seorang aku kasi sebungkus rokok Dunhill ).Hasil kajian selama tiga hari bersama penagih, banyak bahasa slanga mereka yang dapat aku kutip dan kumpulkan kemudian aku olah menjadi satu kajian ilmiah yang lengkap setebal 200 muka surat. Hasil penat lelah aku mengkaji dan menghasilkan tesis tu berbaloi apabila aku mendapat gred 'A' untuk penulisan ilmiah tu yang menawarkan 8 jam kredit.


Surat Akuan dan Sokongan daripada Pegawai Polis terhadap research yang aku buat


Tajuk pada muka depan aku punya penulisan ilmiah.


Ketebalan buku ini 200 muka surat aku kaji sendiri. Macam-macam istilah pasal  dadah ada dalam buku ni. Ispektor Azizan ambik satu salinan buku ni untuk rujukan beliau.

Alhamdulillah... walaupun banyak tuang kuliah dan ada beberapa subjek yang aku ambik memang sukar bagi aku, tapi setiap kali exam tak pernah kena xstand paper. Semuanya lulus walaupun tidak cemerlang sangat. Member aku yang setiap semester dapat kepujian dekan pun sama jadi cikgu macam aku jugak. Gaji pun sama banyak jeeee. Wassalam..

3 comments:

  1. Assalamulaikum.. best baca di entri encik yusdin.. sangat membina semangat bg anak2 muda lain yg masih lagi menuntut...

    ReplyDelete
  2. hye bro seronok bce cerita ko zaman duk umah sewa mase uni dlu

    aku pun pnah gak duk umah sewa mase uni..lam thun 2004- pertengahan 2007..tp masing2 kepala gile slamber je pakai spnder n bogel kt umah hihi

    btw aku tertarik ngn thesis ko bahasa slanga dalam penagih..leh tak nk dpt kn satu salinan
    ni emel aku tpr_shukri@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  3. hye bro tuan tanah..ape cite skrang hehe

    ReplyDelete